Wednesday, June 19, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah






Assalammualaikum..dah lama rasanya aku tak merasa nak kutip telur ayam hutan kacuk yg bertelur merata-rata sekeliling rumah ni oleh sebab kehadiran kera-kera liar dpd kebun belakang rumah.telur-telur kerap diambil,dedak diterabur merata-rata,selak pintu reban pun kerap dibuka untuk mengambil telur dlm reban.Hujung minggu je la aku dapat nak jaga betul-betul supaya kera-kera tu takut nak datang.Tapi,dalam pada tu, telur hutan ni aku berjaya juga kutip untuk dieramkan.hasilnya,13 ekor anak menetas baru2 ni dan beberapa biji lg akan menyusul.anak2 yang menetas ni pula,aku serahkan pada ibu ayam kampung untuk dibela.nampak dah 3 minggu ni mcm sihat dan cergas je...



Yang ditunggu dah tiba...

Saturday, June 15, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah





Assalammualaikum.sekali imbas memang tak nampak apa2 beza anak2 ayam yg baru menetas ni dengan anak ayam lain.Klau perhatikan betul2,kat sini ada 2 ekor anak ayam mutiara,seekor polish.Itu mungkin dah biasa kot..tapi 2 ekor yang kaki berbulu tu la yang aku exited sangat nak tunggu.Tu la anak ayam brahma yang berjaya aku biakkan di reban aku ni.Oleh kerana incubator dah rosak,buat masa sekarang aku guna bantuan ibu2 ayam kampung untuk mengeramkan telur2 ayam aku.Hasil penetasan yang pertama ni aku dapat 2 ekor.Tu pun memang dah bersyukur sangat..ada lagi dalam 20 biji lagi telur brahma yang sedang dieram ayam2 kampung.Mintak2 banyak la yang menetas..Amin.










bertukar?

Posted by Abd Ghani Hamzah

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd smua yg terbaca blog aku yg tak seberapa ni.Kpd yang perasan,blog ni dah bertukar nama kepada D'Reban.sebenarnya dah lama aku nak tukar nama blog ni.sejak aku aktif dgn hobi memelihara ayam lagi selain arnab.Oleh kerana aku dah berjaya mengumpul beberapa jenis ayam dan membiakkannya,jadi memang dah sepatutnyalah aku tukar kepada nama tersebut.Seperti biasa,aku sempat menangkap gambar2 terkini direbanku yang bersepah ni.Layan je la yer..