Brahma

Wednesday, December 11, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah





Rasanya,ayam brahma peliharaan aku paling rajin  bertelur dan membiak diantara semua jenis ayam disini.
Tapi yang nak  dapat membesar sampai dewasa memang cukup payah.Dalam batch pertama ,ada yang sakit,yang kena pijak sesama sendiri,ada yang kena pagut bulu sampai luka,ada yang dimakan tikus,dan ada pulak yang kena makan anjing-anjing liar.Batch yang seterusnya pulak,setakat ini nampak ok.Ada yang dah 3 bulan,sebulan setengah,2 minggu,dan ada juga yang sedang dieram.Ibunya pulak alhamdulillah masih terus bertelur dengan baik.Plan aku selepas ni,nak simpan anak-anak betina yang ada dan pelihara sampai besar,buat induk.Lepas tu nak cari pulak anak-anak jantan dalam 2-3 ekor yang cantik-cantik daripada breeder lain untuk dijadikan pejantan nanti.Semoga akan datang nanti,aku dapat biakkan brahma yang lebih cantik,gebu dan lebat bulu kaki setanding brahma mat salleh kat google tu..







Kelahiran terkini

Sunday, December 8, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah


Assalammualaikum..Rasanya dah lama tak dapat baby Mini Rex.anak yang lepas dah 3 bulan umurnya,tu pun sekor je.Kali ni dpd ibu black otter ni, dpt 3 ekor,tp sekor peanut.Warna pun ikut bapak dia,choc otter.
Di bawah ni pulak ialah induk2 mini rex aku yang tinggal tak berapa banyak ni..Layan je la ..

                                          Doe putih dgn anak choc otter

                                          anak chock otter 3 bulan

                                          Doe choc otter 5 bulan

                                         Buck solid blue

                                         Buck choc otter


incubator buatan sendiri

Monday, July 1, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah






Assalammualaikum....Oleh kerana incubator playwood yang aku beli dulu macam dah rosak,terpaksa la aku pasangkan komponen incubator yang dah lama aku siap pasang kedalam bekas kotak plastik ni.Nak harapkan ibu2 ayam kampung tolong mengeram pun,smua dh turun tanah bawak anak.Telur2 pun dah makin banyak terkumpul.Sebenarnya ini incubator yang ke dua aku buat.yang pertama dah pun aku bagi pada abang ipar dan menurut katanya memang dah ada hasil.Kalau tengok pada gambar,aku saja masukkan je smua lampu dan termostat kedalam kotak tu tanpa skru.Nanti lepas aku dapat suhu yang dikehendaki,baru lah aku skrukan smua tu.Lubang pun aku akan tebuk kemudian.Memang simple je ni.lagipun,untuk kegunaan sendiri je.Walau apa pun,aku lagi percaya ibu ayam kampung mengeramkan telur daripada incubator buatan aku ni..heheheboleh la,daripada takde...

Wednesday, June 19, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah






Assalammualaikum..dah lama rasanya aku tak merasa nak kutip telur ayam hutan kacuk yg bertelur merata-rata sekeliling rumah ni oleh sebab kehadiran kera-kera liar dpd kebun belakang rumah.telur-telur kerap diambil,dedak diterabur merata-rata,selak pintu reban pun kerap dibuka untuk mengambil telur dlm reban.Hujung minggu je la aku dapat nak jaga betul-betul supaya kera-kera tu takut nak datang.Tapi,dalam pada tu, telur hutan ni aku berjaya juga kutip untuk dieramkan.hasilnya,13 ekor anak menetas baru2 ni dan beberapa biji lg akan menyusul.anak2 yang menetas ni pula,aku serahkan pada ibu ayam kampung untuk dibela.nampak dah 3 minggu ni mcm sihat dan cergas je...



Yang ditunggu dah tiba...

Saturday, June 15, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah





Assalammualaikum.sekali imbas memang tak nampak apa2 beza anak2 ayam yg baru menetas ni dengan anak ayam lain.Klau perhatikan betul2,kat sini ada 2 ekor anak ayam mutiara,seekor polish.Itu mungkin dah biasa kot..tapi 2 ekor yang kaki berbulu tu la yang aku exited sangat nak tunggu.Tu la anak ayam brahma yang berjaya aku biakkan di reban aku ni.Oleh kerana incubator dah rosak,buat masa sekarang aku guna bantuan ibu2 ayam kampung untuk mengeramkan telur2 ayam aku.Hasil penetasan yang pertama ni aku dapat 2 ekor.Tu pun memang dah bersyukur sangat..ada lagi dalam 20 biji lagi telur brahma yang sedang dieram ayam2 kampung.Mintak2 banyak la yang menetas..Amin.










bertukar?

Posted by Abd Ghani Hamzah

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd smua yg terbaca blog aku yg tak seberapa ni.Kpd yang perasan,blog ni dah bertukar nama kepada D'Reban.sebenarnya dah lama aku nak tukar nama blog ni.sejak aku aktif dgn hobi memelihara ayam lagi selain arnab.Oleh kerana aku dah berjaya mengumpul beberapa jenis ayam dan membiakkannya,jadi memang dah sepatutnyalah aku tukar kepada nama tersebut.Seperti biasa,aku sempat menangkap gambar2 terkini direbanku yang bersepah ni.Layan je la yer..
 

 




sepetang bersama ayam-ayam

Wednesday, May 1, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah


Assalammualaikum....saja nak upload gambar2 terkini ayam2 aku.semua ayam2 ni aku beli masih baby lagi.sekarang dah besar2 belaka.ada yang dah membiak,ada yang belajar bertelur,ada yang belajar bekokok..walau apa pun,memang puas hati dan bersyukur banyak2. ok la,layan je..


brahma jantan dah 4bln lebih.baru belajar kokok.yang betina 2 ekor pulak tengah belajar bertelur.




Frizzle pun dah tengah galak berkokok.Betina jambul besar,jantan pulak tak brp menyerlah.



                                                          anak-anak polish 2 bulan lebih.

                                               ni pulak anak2 dara aku sibuk interframe


                                                            Berjemur


                                                              anak jantan polish 2 bulan lebih




                                                                   reban induk.



Sunday, March 3, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah

Alhamdulillah...sejak tahun lepas(2012) aku mula pelihara ayam baka Polish 2 jantan dan 3 betina,sekarang dah mula membiak.Telur pun rasanya ada tiap-tiap minggu.Plan aku,nak lepaskan ke tanah je ayam-ayam polish ni kalau dah banyak membiak nanti.kebetulan jiran-jiran kat keliling rumah ni takde yang pelihara ayam.jadi takde la gangguan daripada ayam-ayam kampung nanti.Lagipun ayam ni memang cantik untuk penghias laman.Awal tahun ni pula,aku dah mula cari baka-baka baru untuk dibiakkan.Kebayakan baka-baka ayam ni aku dapat daripada breeder-breeder belah utara nun oleh kerana sukar nak dapat baka-baka yang best kat sini.Berkenaan arnab pula,masih lagi dengan baka mini rex,tapi bilangannya pun dh tak banyak oleh kerana ketiadaan masa nak tangok mereka ni.Ok la,layan je la gambar baka-baka baru ayam exotik aku kat bawah ni.Semoga mereka dapat membesar dan membiak dengan sihat dikawasan rumah keluarga aku yang tak seberapa ini.





                               ANAK BRAHMA 4 BULAN
                               ANAK POLISH YANG DIBIAK SENDIRI
                               ANAK BRAHMA 2 BULAN


                               ANAK ONAGA 4 BULAN

                                ANAK FRIZZLE POLISH 3 BULAN

                               ANAK BLACK ROSECOM 2 BULAN