Brahma

Wednesday, December 11, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah





Rasanya,ayam brahma peliharaan aku paling rajin  bertelur dan membiak diantara semua jenis ayam disini.
Tapi yang nak  dapat membesar sampai dewasa memang cukup payah.Dalam batch pertama ,ada yang sakit,yang kena pijak sesama sendiri,ada yang kena pagut bulu sampai luka,ada yang dimakan tikus,dan ada pulak yang kena makan anjing-anjing liar.Batch yang seterusnya pulak,setakat ini nampak ok.Ada yang dah 3 bulan,sebulan setengah,2 minggu,dan ada juga yang sedang dieram.Ibunya pulak alhamdulillah masih terus bertelur dengan baik.Plan aku selepas ni,nak simpan anak-anak betina yang ada dan pelihara sampai besar,buat induk.Lepas tu nak cari pulak anak-anak jantan dalam 2-3 ekor yang cantik-cantik daripada breeder lain untuk dijadikan pejantan nanti.Semoga akan datang nanti,aku dapat biakkan brahma yang lebih cantik,gebu dan lebat bulu kaki setanding brahma mat salleh kat google tu..