incubator buatan sendiri

Monday, July 1, 2013 Posted by Abd Ghani Hamzah






Assalammualaikum....Oleh kerana incubator playwood yang aku beli dulu macam dah rosak,terpaksa la aku pasangkan komponen incubator yang dah lama aku siap pasang kedalam bekas kotak plastik ni.Nak harapkan ibu2 ayam kampung tolong mengeram pun,smua dh turun tanah bawak anak.Telur2 pun dah makin banyak terkumpul.Sebenarnya ini incubator yang ke dua aku buat.yang pertama dah pun aku bagi pada abang ipar dan menurut katanya memang dah ada hasil.Kalau tengok pada gambar,aku saja masukkan je smua lampu dan termostat kedalam kotak tu tanpa skru.Nanti lepas aku dapat suhu yang dikehendaki,baru lah aku skrukan smua tu.Lubang pun aku akan tebuk kemudian.Memang simple je ni.lagipun,untuk kegunaan sendiri je.Walau apa pun,aku lagi percaya ibu ayam kampung mengeramkan telur daripada incubator buatan aku ni..heheheboleh la,daripada takde...