Rabbitry in the making

Sunday, March 27, 2011 Posted by Abd Ghani Hamzah

Rangka setelah dicat dgn antikarat dan cat biasa 3 lapis
dapat 10 sel untuk menempatkan induk-induk arnab.
Kat sini aku nak syer sikit gambar reban arnab aku selain cage-cage yang aku beli kat kedai pet tu..Ni la rupa reban arnab aku semasa pembinaan lagi.Ini adalah hasil kerja adik aku sendiri yang tau serba sedikit hal welding mewelding ni.Rangka dibuat daripada besi,mempunyai 10 sel antuk aku letak induk-induk arnab tu. Setelah siap rangka,aku sapu cat kalis karat diikuti 3 lapis cat biasa.tapi taktau la tahan berapa lama.

Pengenalan

Posted by Abd Ghani Hamzah

Assalammualaikum.....
Selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ni.Sebenarnya baru je hujung tahun lepas aku memulakan hobi memelihara arnab ni setelah melihat bayak blog-blog berkenaan arnab ni kat internet .Arnab yang mula-mula aku beli asalnya 2 sepasang ND dan sepasang Mini Rex,tetapi 3 ekor mati akibat cirit.aku rasa,sebab stress kot,sebab masa beli tu umurnya blm 2 bulan lagi. Selepas tu,aku beli lagi beberapa pasang lagi arnab-arnab dari baka Rex,Mini Rex,Rex Satin,EA dan akhir sekali TB.Kali ni aku beli yang umur hampir dewasa dan induk pulak sebab dah taknak risiko arnab mati lagi.Soal harga,tak payah la aku nak tulis kat sini berapa banyak yang aku dah habis.Ok la,malas nak melalut lagi.Tunggu la nanti aku upload gambar-gambar terkini arnab kesayangan aku ni.Buat masa ni dah 3 ekor ibu Rex,Rex Satin dan TB beranak.Kalau berminat tu,rasanya anak-anak kelahiran awal ni aku taknak jual dulu.Nanti dah banyak stok,aku uploadkan rabbit for sale.Sekian.............